Thursday, April 19, 2012

kisah merpati dan mawar

Assalamualaikum..

Alkisah..Pada zaman dahulu kala, ada seekor merpati yang tinggal di taman yang sangat indah. Suatu hari, ia terbang lalu bertemu dengan sekuntum mawar putih. Mawar yang seputih salju itu sungguh indah pada pandangan sang merpati sehingga ia jatuh cinta lalu melamar mawar itu. Sang mawar menolak lamaran sang merpati kerana berasa dirinya terlalu indah padahal dalam hatinya juga ada rasa kasih terhadap sang merpati. 

Mawar itu mengatakan kepada sang merpati, "Pabila kelopak aku yang seputih salju ini bertukar menjadi semerah darah, barulah aku terima cintamu". Merpati itu tertunduk mendengarkan sang mawar. Dia tahu, mawar yang indah itu mahu menguji sedalam manakah cintanya  kepada mawar itu lalu ia pun terbang pergi, mencari cara bagaimanakah mahu menukarkan mawar itu menjadi merah. Sedang ia terbang, ia terjumpa satu pohon yang berduri lalu ia berkata kepada pohon itu, "Wahai pohon berduri, bisakah kau pinjamkan kepadaku satu durimu yang tajam itu ?"

Pohon itu menanyakan kepada merpati,"apakah tujuan kamu mahu dipinjamkan duri dari ku?".Merpati itu hinggap pada satu dahan pohon itu, "Adapun aku sangat mencintai sekuntum mawar yang sungguh putih dan indah seperti salju. Namun, cintaku hanya akan diterima andainya bisa kutukarkan kelopak mawar itu menjadi merah. Maka aku terfikirkan mahu melukakan diriku dengan durimu agar darah dari lukaku itu bisa menukarkan kelopah seputih salju itu kepada merah."

Pohon itu sungguh terharu mendengarkan kata-kata sang merpati lalu ia menjawab, "wahai merpati, sungguh besar pengorbananmu demi kasih terhadap mawar. Beruntunglah mawar jika memiliki cintamu. Terbanglah dekat denganku, wahai mawar lalu cucuklah dirimu pada tubuhku ini." Lalu mawar itu pun terbanglah dekat dengan pohon itu lalu mencucuk dirinya pada duri yang tajam di tubuh pohon itu. Setelah berterima kasih, merpati pun terbanglah untuk menemui mawar yang sangat dicintainya. Sesudah bertemu dengan mawar itu, merpati pun terbanglah perlahan-lahan di atas mawar itu untuk menitiskan darahnya ke atas kelopak-kelopaknya.

Setelah melihatkan dirinya sudah bertukar menjadi merah, mawar itu memutuskan untuk menerima cinta sang merpati. Ketika mahu dia mengucapkan cintanya, sang merpati terjelopak jatuh ke tanah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Seseungguhnya pengorbanan cinta itu sangat indah. Pencinta yang benar-benar mencintai akan melakukan apa sahaja untuk orang yang sangat dicintainya. Sekiranya ada yang kita cintai, hargailah mereka seadanya sebelum mereka pergi meninggalkan kita. Cinta bukanlah hanya pada yang berlawanan jenis. Cinta juga pada ibu,bapa,keluaraga para sahabat dan yang paling utama, kepada yang Maha Pencipta dan Kekasihnya, Muhammad S.A.W. :)

Salam Sayang,
ayumiqachan

Thursday, April 12, 2012

IPG vs. ASASI... ( ~.~)!!

Assalamualaikum..

There's so much in my head right now.. grrr !! rasa macam nak buang kepala ni,letak dalam washing machine & letak balik kepala kat tempat asal dia..huhuhu..baru la aku boleh fikir balik..serabut sangat sekarang ni..seriously,these MEdSI,UPU & final result thingy really got over my head..people around me are buzzing & talking & commenting on my ridiculous decision I made about a year ago..

Yep ! my decision about all these things.. "dapat maktab tapi reject sbb nak kejar glamour masuk U..sekarang dah susah pikir pasal MEdSI la..UPU la..Final la..kalau masuk je maktab dulu kan senang..ni tak..tanggung lah sendiri.." huhu..tu antara bunyi2 yang aku dengar lately..even kadang2 aku rasa kepala otak aku pun tengah cakap benda yang macam tu kat hati aku..Serius aku penat dengar semua ni...aku ada sebab sendiri pilih UiTM dulu..instead of maktab..bukan sebab low class ke apa maktab tu..aku tahu..susah nak masuk maktab..tak semua orang terpilih masuk maktab & I was lucky enough to get it..but I let it go for some certain reason & I was 100% sure of myself until now..

So, hari ni..since aku takde keje & tengah serabut pasal bende2 alah ni semua..aku nak justify sikit pasal keputusan aku tu..maybe mulut2 yang bunyi2 tu takleh baca ape yang aku tulis ni.tapi xpelah..at least aku puas hati kan boleh lepas kan ape yang terbuku dalam hati aku ni...

OK ! 'mereka' (aku guna mereka sebagai ganti nama orang2 yang asyik komen pasal keputusan aku ni)
kata,asasi ni susah nak compare dengan maktab..kalau nak merasa asasi, kat maktab pun ada..first year kat maktab, student2 TESL akan blajar apa yang budak2 asasi belajar..aku tak puas hati..so aku tanya lah kawan2 aku yang belajar kat maktab..and yes, dorang cakap kita memang belajar benda yang sama..tapi ada certain subjek yang budak asasi lagi advance dari budak maktab & ada subjek yang budak maktab lagi advance dari asasi..so,there's not much difference between IPG & foundation..

Next, kalu maktab kan, korang semua tahu lah yang lepas keluar maktab tu,akan mengajar kat sekolah rendah & since result SPM aku dulu teruk, aku tak layak la nak apply program utk sekolah menengah..bagi aku, aku lebih selesa interact dengan budak sekolah menengah berbanding dengan budak sekolah rendah.. Why ?? bukan sebab aku tak suka budak2..jangan salah faham..aku suka budak2.. It's just that, the prospect that I see if I go to the IPG, I, myself won't have the satisfaction of being an educator..confused ? You see..I've been dreaming of being an educator since I was at primary school.. I see both my parents teaching & I admire them..I see what great teachers can do & I love English..When I'm done with PMR, I focused myself on becoming an English teacher, I talk to my English teachers a lot..talking about English related activities, how to improve English in Malaysia, how to make it easier for Malay students to master English..all of that & I realized that, if I go to IPG, I can never do all of that..At the age of 16, I already see myself doing Degree in TESL at UiTM Shah Alam..(that's the fact !) then, 'they' ask, "kenapa apply maktab kalau last2 nak tolak jugak ?"...I answered, maktab tu sebagai backup plan..Lepas aku dapat result yang sangat mengecewakan time SPM tu, time tu, aku rasa dunia aku gelap..plan aku semua berkecai depan mata aku..sebab subjek2 yang sampai sekarang aku anti (addmath,kimia & fizik)..time tu aku tanya cikgu aku..dia cakap terus terang, kalau nak pilih asasi jugak mungin susah nak dapat sebab result aku rendah je...So, aku apply maktab sbg backup plan aku incase tak dapat foundation tu.so, bila plan A aku berhasil,why should I turn to plan B right ??

Aku sedar, memang ramai yang menentang keputusan aku..parents aku pun berpuluh-puluh kali tanya aku..sure ke? sure ke? tak nak gi maktab ke? pasti? betul ni?? aku sangat yakin dengan hala tuju aku.. I have so much planned in mind & I know I can make the changes if I am given the chances..Ni mungkin angan2 bagi sesetengah orang..even Q yang selalu support aku pun kata impian aku ni hampir mustahil..tapi aku tahu,kalau impian itu diusahakan,sesukar mana pun impian tu, ia boleh jadi kenyataan...

Selain dari tu, aku pun nak stress jugak kat sini yang pilihan kerjaya kita tu, adalah pilihan hidup kita untuk 30-40 tahun akan datang, susah ke..senang ke..suka ke..tak ke..semua tu depend on yourself..Aku tahu apa yang aku nak.. otak aku dah set bende tu dari dulu lagi & aku confident dengan pilihan tu..walaupun kebelakangan ni, aku tak tahu setan mana yang sibuk dok hasut aku & buat aku rasa menyesal dengan keputusan yang aku buat dulu....huhu..betul2 tension..

Huh~ setakat tu jelah rasanye luahan hati aku ni..sape2 yang sudi baca tu, thanks a lot... :)..Until next time..

With lots of LOVE,
 ayumiqachan

Monday, April 9, 2012

MEdSI..oo...MEdSI..


Assalamualaikum..

Whoa ! Sedar tak sedar dah seminggu bulan April ni.. hehehe.. makin berdebar la pulak rasanye.. sebab apa ?? Well, because of MEdSI laa.. huhu.. Korang2  yang ambik course pendidikan tu mesti tahu apa bende MEdSI ni kan ? Buat sape2 yang masih leka berbulan madu di rumah  tu..ni aku nak ingat kan, 20 April ni dah boleh check korang dapat ke x MEdSI tu..Bermula 28 April pulak, da start da ujian MEdSI tu...Considering not everyone know about MEdSI, here I am, composing this entry to inform you guys more about MEdSI.. Ececeyh..speaking pulak aku nih..hahaha.. *ignore!ignore!*

Firstly, meh aku introduce dulu apekebende la  MEdSI ni.. MEdSI ni ialah nama pendek kepada Malaysian Education Selection Inventory.. Haa~ panjang sangat kan tu nama dia..sebab tu la dipendekkan jadi MEdSI.. mudah la sikit orang nak sebut2 kan..Ok, sekarang..dah korang tahu nama sebenarnya MEdSI ni,mari aku cerita pulak kenapa lah MEdSI ni wujud dalam Malaysia ni..First and foremost..Korang tahu tak Wawasan 2020 ? Kalau yang tahu tu bagus lah..yang tak tahu tu, sila keluar dari tempurung korang  !! Demi mencapai wawasan 2020 ni, kerajaan sangat memerlukan tenaga kerja yang  pakar dalam bidang2 yang penting untuk pembangunan negara,seperti Sains dan Teknologi contohnya..Oleh itu, untuk menaikkan bidang2 penting tu, kerajaan perlulah mencari pendidik2 yang betul2 berkaliber & benar2 mampu mendidik golongan muda menjadi pemimpin & membantu kerajaan merealisasikan wawasan 2020 tu..ada faham ?? :)

MEdSI ni,untuk pengetahuan korang, merangkumi 2 ujian iaitu ujian bertulis & temuduga..Dalam dua2  ujian ni,korang akan dinilai dari 4 aspek iaitu personality,minat,nilai integriti & emosi..pendek kata, nilai2 yang seharusnya dimiliki oleh seorang pendidik..So, meh aku nak cite plak pasal ujian2 ni..kalau ujian bertulis ni, korang diberi masa 1jam 10 minit untuk jawab 300 soalan.. bunyi macam banyak kan ? *memang pon !*..soalan2 tu semua objektif..korang mesti siap kan semua soalan tu..don’t worry..soalan dia tak susah sangat pun..just nak uji korang ni layak ke tak jadi golongan pendidik..kalau sape2 yang pernah ke interview maktab tu, korang tahu lah macam mana..senang je..sebab tu bagi masa singkat je..Haa~ untuk interview pulak..aku tak sure lah sme macam yang maktab ke tak..tapi better prepare lah kan..siap kan diri korang dengan pengetahuan2 pasal bidang pendidikan..termasuk lah sejarah pendidikan di Malaysia,falsafah pendidikan & isu2 terkini la..PTPTN ke, isu AUKU ke..semua ni korang kene tahu..yelah, nak jadi pendidik @ cikgu ni, kena sentiasa peka kan ?
Ok ..rasa nye dah faham la kan pasal ujian2 MEdSI ni kan..so, ape tips2 untuk lulus MedSI ni ?? hehe.. *pandai2 je kan..macam dah lulus MEdSI aku ni..* berdasarkan research aku kat internet & aku tanya2 akak2 yang dah melalui MEdSI ni,tips nye ialah :

      ~  Pakaian mestilah sesuai..sebab korang nak impress penemuduga tu kan..so,dress la macam seorang guru..korang tengok macam mana cikgu korang pakai..haa~ korang tiru jelah..hihi
      ~  Korang mestilah prepare @ tambah ilmu sikit pasal isu2 semasa ni..sebab tu lah biasanya soalan favourite penemuduga..
     ~ Korang kena lah tunjuk confidence korang time interview tu..always smile..jangan tunjuk yang korang tengah takut @ gabra..kalau ada kerusi disediakan, jangan duduk selagi tak disuruh duduk..lepas tu,jangan sibuk2 nak alih kedudukan kerusi @ meja ikut suka hati korang.. 
       ~  Bila korang disoal soalan yang agak2 susah tu, rileks sket..jangan gabra sangat..make sure korang bagi pendapat korang yang matang & mencerminkan personality korang sebagai pendidik..suara pulak mestilah jelas @ kuat..tapi jangan menjerit pulak..elakkan dari bagi pendapat yang bias, racist @ berbaur politik..
    ~ Last but not least, banyak2 kan berdoa agar nanti time interview tu,lancar lidah korang,petah bicara & bernas idea2 untuk jawab soalan tu..

   so,aku rasa tu jelah setakat ni..kalau nak check MEdSI tu korang dapat ke tak , korang boleh buka website ni www.mpm.edu.my 

   Harap2 nye, apa yang aku share ni,membantu lah..until next time..

   Salam Sayang,
   ayumiqachan

   

Monday, April 2, 2012

Aku,Wee & Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..

Apa khabar kalian ? haa~ malam ni, ada topik yang agak menarik lah yang aku nak kongsi dengan sape2 yang sudi baca..

Well, seperti yang korang dah tahu, dah seminggu aku keje kat koperasi SKPJ..hari ni, ada pembekal datang..cikgu yang jaga koperasi tu panggil pembekal tu Wee.. tapi aku tak tahu lah ape nama dia yang sebenarnya.Ok, yang aku nak cerita hari ni bukan lah pasal aku penat kira stok baru atau penat susun barang baru sampai tertidur macam balak tadi.. Apa yang aku nak cerita sekarang ni ialah pasal statement Wee yang membuat aku terkejut dan terfikir hingga membawak-bawak ke tidur tadi.

Aku tak record la kan sebijik2 statement Wee tu tadi, tapi macam ni lah lebih kurang intipati nye..

- Wee tanya aku & cikgu yang jaga koperasi, " kenal dok nih, ustak hok ceramoh malang2 tuh ? azhar idruh ke mende name die tuh ? " (Wee ni kawin ngn org siam..dua2 muka melayu..xpelat n ad slang Trengganu plak bila cakap)
- Aku & cikgu tu cakap la kenal..kami pun terkejut jugak..yela..dua org ni beragama buddha,bukan ISLAM tapi kenal jugak Ustaz Azhar Idrus..
- Cikgu tu kemudian nye tanya lah,pernah ke dengar Ustaz Azhar Idrus bagi ceramah ? (aku diam jela..dengar je..hihihi) 
- Wee jawab la macam ni "Eh, kite dengor sokmo ustak ceramoh..sedak tuh die ceramoh..jeng sokmo lah jalang laku ade ceramoh ustak...hihihi" (aku yang tengah sibuk2 susun barang masa tuh,terkejut ! Cina ni dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus jugak ???!!)
- Cikgu tu tanya lah lagi, "doh faham dok ceramah tuh?" -Wee gelak je..ak ingat kan dia nak kata tak faham...
- Rupa2 nye, dia nak kata dia faham..sbb dia nampak aku & cikgu tu macam terkejut, dia pun sambung.. "Ustak cakkak kite bulih pahang,bukang islang macang kite ni pong bulih pahang..suke la bulih dengor ustak ceramoh..klakor die tuh..mende2 die kabor pong kite pahang..gitu lah baru rama orang gi dengor,bukang macang najik tuh..ayat buku tang ke die..pah orang nanang padi bukang nye pahang..kite nih dok gi skoloh mule,malah apah kang..hihihi..lening dok reti lah..tapi kalu ustak kabor kite pahang..hok najik nuh,malah brase nok dengor,mende tau die kabor..Kalu kite dengor Nik Azih kite suke lagi..Cakak politik pong kita pahang" hahaha~ aku gelak kot dengar komen cina tuh...
-Cikgu tu tanya lah lepas tu.."dengar ceramah agama ni,xde niat nok ikut agama nik aziz ke?" Aku perasan la cina tu diam kejap..dia tengok bini dia..lpas tu dia cakap macam ni lah lebih kurang.. "Duk agame mane2 pong same je kalu di Malaysia ni.." Aku memang terkejut yang amat bila dengar ayat tu..

Jadi,yang aku nak highlight kan kat sini ialah :

- Kalau nak ucapan kita diterima & difahami ramai, beri lah ucapan ikut kesesuaian audiens kita..kalau ke kampung2..tak perlulah nak ayat skema2 sangat..kn ?? pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mampu menawan pendengar ucapannye & melakukan apa yang diucapkan nye.. kn?
- Ustaz Azhar Idrus adalah pendakwah yang berjaya sebab dia berjaya menarik perhatian orang bukan Islam untuk dengar ceramah dia..Dia guna cara bersahaja dan menarik..Bukan seperti sesetengah pendakwah yang beri ceramah yang panjang meleret adan tak menarik sehingga menimbulkan tanggapan bahawa ceramah agama itu membosankan..
- Aku tertarik dengan ayat Wee "Duk agame mane2 pong same je kalu di Malaysia ni.." Aku terfikir,adakah maksud Wee yang sebenar nye ialah, orang2 islam di Malaysia ni sama macam org bukan Islam ?? Terpulang lah kepada pembaca sekalian untuk faham maksud Wee tu.. :)

Akhir kata, entri kali ni, bukan lah nak promote Ustaz Azhar Idrus ataupun nak kempen untuk Nik Aziz, tapi aku nak highlight ayat Wee tu..terpulang lah pada akal korang untuk tafsir & nilai sendiri kata2 Wee tu...Aku cuma berkongsi sahaja.. :)

Sampai setakat tu saja lah..

Salam Sayang,
ayumiqachan



Sunday, March 4, 2012

A day at SK Teruntum

Assalamualaikum...


It's been a long time since I last updated my blog. What I want to share with you guys today is about my new TED 072 assignment or also known as Basic principles. My group and I went to SK Teruntum and made some research @ observations there. Here are some pictures.. enjoy :)


me and dayah... interviewing the Assistant Headmaster


Syauqi with the counsellor

me,dayah and lisa are handling the 2 Dynamic class


The vibrant pupils of 2 Dynamics


An interview session with the headmaster


lisa,syauqi,me,dayah n omar in front of SK Teruntum


Some of the trophies in the office 


lisa n dayah.. in the teacher room


ehem...hehehe..that's me


lisa,dayah,omar,syauqi n the headmaster


There's me..talking with the pupils


dayah n the pupils...


syauqi with the map of Malaysia


I'm both Kelantan and Terengganu


Dayah.. :)
Then... we walked back to campus and stopped at a Mamak Restaurant in front of MegaMall..Here's a few crazy pictures of us...
syauqi said "OMAIGADD !!! So hott !!!"








Mr O :)


so sweettt ~


Fight ! Fight 1 Fight !


Where's my food ???!!




Mr O is soo tired !!


I wonder where's my food... 




Sleeping together...on the table...




Lisa n Dayah... :)






Eat..syauqi...eat !!!




Well..that's all..only got picture to show this time... :)








With lots of LOVE,
ayumiqachan